SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melakar prestasi cemerlang dengan meraih kutipan hasil sebanyak RM541.3 juta atau 20.3 peratus melebihi RM450 juta yang disasarkan tahun lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata hasil bukan cukai menyumbangkan kutipan tertinggi sebanyak RM325 juta, terimaan bukan hasil sebanyak RM63.9 juta manakala hasil cukai sebanyak RM152.3 juta.
"Dengan semangat yang cukup tinggi termasuk daripada Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri, kita berjaya meningkatkan pendapatan, ia sesuatu yang baik," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.
Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga telah berjaya melaksanakan sebahagian besar inisiatif-inisiatif di bawah Belanjawan 2023 yang terus memberikan impak positif kepada tahap kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.
Aminuddin berkata pada tahun ini kerajaan negeri akan terus berusaha keras untuk mencapai sasaran hasil sebanyak RM520 juta serta melaksanakan pelbagai program dan projek di bawah sembilan Teras Aspirasi dan Skim Sejahtera Rakyat di bawah Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan.
"Kita sasar (jumlah hasil) sebanyak RM520 juta namun saya yakin kita mampu capai sehingga RM600 juta dan mengutip jumlah hasil yang lebih baik tahun ini," katanya.
Kerajaan Negeri Sembilan baru-baru ini meluluskan Belanjawan Negeri 2024 bertemakan 'Bersama Membina Negeri MADANI' berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
Aminuddin berkata pada tahun ini kerajaan negeri akan terus berusaha keras untuk mencapai sasaran hasil sebanyak RM520 juta. - Gambar fail/Bernama
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Kerajaan Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selenggara tinggi - MB
Kerajaan Negeri Sembilan membuat 16 pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa anggota pentadbiran kerajaan negeri.
Kerajaan Negeri Sembilan tidak pinggir DUN diwakili pembangkang - MB
Kerajaan Negeri Sembilan tidak meminggirkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili pembangkang di negeri ini.
Negeri Sembilan timbang insentif kewangan kepada syarikat tempatan terlibat pembangunan AI
Kerajaan Negeri Sembilan akan menimbangkan pemberian insentif kewangan kepada syarikat tempatan yang terlibat dalam pembangunan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).
81 rumah pangsa kerajaan N.Sembilan diduduki bukan penyewa asal
Daripada jumlah yang diperiksa itu, 48 kediaman masih dihuni oleh penyewa asal, 55 kediaman diduduki keluarga atau saudara-mara penyewa asal, 26 lagi disewakan, satu kediaman kosong dan lain-lain 108.
Negeri Sembilan raih kutipan hasil RM541.3 juta tahun lepas
Kerajaan Negeri Sembilan meraih kutipan hasil sebanyak RM541.3 juta atau 20.3 peratus melebihi RM450 juta yang disasarkan tahun lalu.
Ganjaran RM10,000 salur maklumat buang sisa kimia secara haram
Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat kegiatan pembuangan haram sisa kimia sehingga tertangkapnya pelaku.
Streram berjanji akan selesai isu perumahan rakyat di Rantau
Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S.Streram sudah memaklumkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan untuk mempertimbangkan untuk membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Rantau.